BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 24 Mac 2013

Sukar tido!

Kenapa tiap2 mlm ssh nk titon?? Y?
Rase cm nk je telan pil2 tido.. tp risau x bgun2 lak..
So rase cm nk clean n update my blog tpi mood nk nulis lak xder.. so biar la lu..

Sabtu, 23 Mac 2013

berabuk

Nk kasi edit n citer baru.. wait...

Jumaat, 3 Jun 2011

PRU13

Assalamualaikum...N salam sejahtera...



PRU13 akan tiba x lama lagi jerrr... so ada masa nnti nk share gak my story about that... aku ni pon agak kuat berpolitik gak tapi kecil-kecilan... heheheheee....

Sbelom tu bagitau awal2 la... saya bebaskn nk undi saper...so sy akan undi Parti Pembangkang sebbnya... to be continue... akan diceritakan...dh lewat malam ni... tidor penting... lalalalalaaa....

Isnin, 23 November 2009

Melayu Di Bumi Malaysia & Kisah Aku..

Melayu..., dimana aku hendak mulakan? Ya..aku juga bangsa melayu seperti mana inginku ceritakan untuk berkongsi dengan mereka-mereka yang sama2 memahami kekecewaan ku terhadap anak2 melayu.. atau siapa yang perlu disalahkan? jangan dituding jari... biar ku cerita kan bagaimana perasaan ini menjadi semakin sayu dan amarah terpendam..
Aku dilahirkan sebagai anak melayu yang di kelilingi arus kemodenan.. ya..aku jua pernah merasai kepayahan hidup..pengalaman hidup terlalu banyak hendak ku taip tetapi ingin ku ke point asalku iaitu melayu... Aku lihat melayu semakin lemah dan bongkak.. ya bukan ku katakan semua melayu tetapi segelintirnya atau peratus yang tinggi pada aku..melayu semakin tandus dengan nilai-nilai budaya yang dulunya dijaga tetapi kini semakin sepi... aku jadi sedih mengapa ini yang terjadi... apakah salah didikan ibubapa/guru-guru? aku tidak salahkan sesiapa tetapi keadaan seperti tidak terkawal... ramai anak-anak melayu kita semakin lupa adab melayu begitu juga orang dewasa@otai juga telah lemah untuk memertabatkan nilai-nilai melayu dalam diri dan kehidupan semakin berubah dek kerana tenggelam dengan arus kemodenan yang semakin mencabar... Mari kita perhatikan keadaan sekeliling...banyak yang kita nampak betapa gejala sosial semakin sukar dibendung sehingga berlakunya pelbagai kes jenayah.. Apakah melayu sudah hilang pertimbangan? Aku tidak katakan diriku bagus dengan adab melayu, aku jua pernah tenggelam dengan arus kemodenan dan aku lupa diri sehingga aku sanggup melukakan hati ibubapa yang selama ini bersusah payah mendidik aku menjadi insan berguna tetapi aku sendiri yang tewas...kalah pada nafsu..yang ku tahu keseronakkan yang tiada batasan... Bila aku tersedar, aku malu pada diriku sendiri, malu pada keluargaku dan lebih malu pada yang Esa.. aku kah melayu? Dulu ku rasakan aku kebal, aku tidak takut akan mati. Aku ada kawan-kawan yang ramai, siapa yang berani kacau aku dan kawan-kawan? kami suka bergaduh sekiranya ada usikan atau apa saja perkara yang membuat aku dan kawan-kawan marah.. ya..mungkin boleh dikatakan aku samseng tapi hanya pada mulut, binasanya pada badan..apa aku kisah? memang sejahat-jahat aku..aku tidak pernah sentuh dadah maupun arak tetapi sikap sosial aku tinggi bilamana aku jahil tentang agama walaupun aku diberi didikan yang baik dari segi itu tetapi aku kecundang.. tidur dengan awek ibarat makan nasi..bila-bila saja aku maukan akan terhidang.. betapa berdosanya aku... iman semakin goyah aku melangkah jauh dalam keseronokkan hidup ini.. seperti yang ku katakan tadi, aku tersedar..aku telah salah dalam memilih kawan dan tersalah langkah ke lorong yang tiada faedah untuk ku di akhirat kelak... aku mula bangkit mencari ketenangan hidup..lama aku menyendiri..airmata mengalir... betapa aku hilang nilai-nilai adab melayu..tipis benar iman ku...
Kini aku rasakan betapa keseronokkan itu satu nikmat tetapi beban buatku.. ya memang aku masih berseronok tetapi ada batasnya.. ya aku juga masih berkawan dengan geng lamaku tetapi setakat kawan kerana bagiku mereka tetap manusia dan juga insan melayu sepertiku cuma mereka belum tersedar..
Disebabkan itu aku tidak mahu ada insan melayu seperti aku yang dulu.. fikirkan kemana hala tuju kita akan datang? hanyut? ini ku ceritakan setakat kehidupan sosial yang melemahkan melayu..bagaimana dengan melayu tewas sehingga kecundangnya pelajaran? dan bagaimana pula melayu yang tewas dalam perniagaan? ya..sama..semuanya bermula dengan nilai-nilai timur yang hilang apatah lagi iman yang semakin tipis hingga lupa apa itu adab melayu? Disini inginku harapkan melayu kita bersatu dan bangkitkan paradigma yang tenggelam.. selami jiwa anak-anak muda masa kini..terapkan nilai2 murni pada mereka..ayuh kita sama2 renung-renungkan...